TENTANG DIRIKU
Namaku Rohana bt Zakaria.Aku dilahirkan di hospital Universiti Sains Malaysia.Aku juga mempunyai seorang kembar yang bernama Rohani. Pada masa yang sama aku merupakan kembar seiras. Nama ibuku ialah Bidah dan bapaku ialah Zakaria @ Mat Jusoh. Aku dibesarkan oleh kedua ibu bapaku, di teratak Kampung Aur Telong 16310 Bachok, Kelantan. walau bagaimanapun, aku mempunyai lima orang adik beradik yang terdiri daripada dua lelaki dan tiga orang perempuan.Aku bahagia dan gembira mempunyai keluarga yang memahami dan keluarga yang sentiasa mengambil berat tentang diriku.
Di peringkat sekolah rendah aku bersekolah di Sekolah Kebangsan Sungai Dua. Aku bersama adikku ke sekolah dengan menaiki basikal. Sewaktu ini aku sangat gembira kerana kami kan kembar. Kadang-kadang guru pun tertukar yang mana satu saya dan yang mana satu adik saya...
selain pada itu juga, aku dibesarkan tanpa seorang ayah kerana bapaku meninggalkan ku sewaktu aku darjah empat lagi (meninggal dunia). namun kehidupanku bergantung kepada tanggungjawab seorang ibu yang berpenat lelah menjaga, mengasuh, mendidik kami lima beranak..Kami dibesarkan di sebuah kampung di Kelantan dan kami bersyukur kerana kehidupanku sangat tenang walaupun berada keluarga yang serba kekurangan.
Aku bersyukur dan berterima kasih kepada ibuku yang menjagaku dan bertanggungjawab dalam semua hal berkaitan dengan peribadiku. Aku sangat menyayangi keluargaku dan aku akan membuktikan suatu hari nanti aku dapat membalas jasa seorang ibu...
i love my mom

No comments:
Post a Comment